Baca & Sertai
Baca kisah di sebalik perbualan. Bawa pulang Awakening.
- Buku fizikal Awakening
- Akses webinar live percuma
- Rakaman penuh tidak termasuk
AWAKENING / BUKU & PERBUALAN
Sebuah kisah benar tentang kehilangan kawalan, memahami penyakit, membina semula kehidupan dan belajar mengenali diri dengan lebih jujur.

Baca kisahnya. Sertai perbualannya.
Sesi seterusnya: 2 Disember 2026 · Rabu · 9.00 malam MYT.
Kenali Awakening LivePILIH CARA UNTUK MENGIKUTI AWAKENING
Buku untuk dibaca perlahan. Rakaman untuk ditonton semula. Webinar live kekal percuma untuk semua.
Baca kisah di sebalik perbualan. Bawa pulang Awakening.
Simpan perbualan satu musim. Kembali menonton mengikut masa kau.
Daftar live percuma atau pilih pakej buku melalui borang OnPay. Pembelian buku dan koleksi dibayar melalui CHIP. Pendaftaran live tidak memerlukan pembelian.
Semua live percuma; lengkapkan borang pendaftaran berasingan untuk menyertai. Koleksi rakaman: Oktober 2026 — September 2027. Rakaman ditambah selepas sesi berlangsung. Penghantaran buku: RM8 Semenanjung · RM15 Sabah, Sarawak & Labuan. Jumlah akhir dipaparkan dalam borang OnPay.
01 / PENGENALAN
Buku ini bukan untuk semua orang. Ia untuk orang yang sedang penat dan diam-diam berharap masih ada jawapan.

02 / THE JOURNEY
Ini bukan cerita tentang penyakit yang tiba-tiba hilang. Ini cerita tentang akibat, tanggungjawab dan proses panjang untuk mengenali diri semula.
03 / MEMAHAMI
Apa yang sebenarnya berlaku ketika seseorang mengalami mania.
Mengapa seseorang dengan bipolar boleh melakukan sesuatu yang kelihatan tidak masuk akal.
Perbezaan antara iman, emosi dan penyakit.
Mengapa seseorang itu bukan “rosak”, tetapi mungkin belum memahami dirinya.
Bagaimana keluarga dan pasangan boleh melihat pengalaman ini daripada sudut lain.
Bagaimana harapan boleh wujud tanpa menipu realiti.
Buku ini mungkin bukan jawapan kepada segalanya. Tetapi ia boleh menjadi permulaan.
04 / DI DALAM BUKU
Bukan panduan klinikal. Bukan janji hidup akan mudah. Sebuah memoir fizikal tentang apa yang berlaku di dalam fikiran—dan kerja perlahan untuk kembali hidup.

05 / UNTUK SIAPA
Seseorang yang sedang melalui perjuangan kesihatan mental.
Pasangan, ibu bapa atau ahli keluarga yang mahu memahami.
Rakan yang mahu hadir tanpa cepat menghukum.
Profesional kesihatan yang mahu melihat manusia di sebalik diagnosis.
Pemimpin yang memikul tekanan secara senyap.
Sesiapa yang mengenali burnout, malu, tekanan atau keruntuhan emosi.
06 / SUARA PEMBACA
Keratan maklum balas sebenar daripada pembaca—dipaparkan sebagai bukti visual, bukan sekadar quote yang ditaip semula.
Real reader receipts
Tarik atau swipe untuk membaca




Transkrip terpilih
Untuk bacaan pantas dan aksesibiliti“Somehow aku boleh relate dengan pressure dan expectation orang tapi bila ko cerita dalam buku tu, aku dapat perspektif yang its ok untuk slow down dan jangan try hard sangat sampai apa orang lain kata dah tak betul.”
“Buku ni mmg relavan dgn zaman skrg. Burnout, hustle, hidden depression yg ramai org x sedar dia tgh kena. Bab family tu… sebab org sakit ni nak kehadiran/support. Memang melibatkan family sekali! Jadi, family pun kena faham apa yg tgh jadi.”
“Dari buku ini, aku belajar, bagaimana seseorang yang waras, yang sihat, yang ber visi akhirnya tersungkur dalam episod gelap hidup nya. Kemudian, bagaimana cara kembali dengan perlahan dapat membantu kita mencari diri kita semula.”
Gaya bahasa dan ejaan asal dikekalkan daripada maklum balas pembaca sebenar.
08 / Dengar sendiri
Perbualan tentang bipolar, identiti, kawalan emosi, rawatan, iman dan perjalanan untuk kembali membina kehidupan.
Al Banna Cast · 20 Oct 2026
Arieffahmi bersama Ustaz Aiman Banna dalam Al Banna Cast. Tonton perbualan penuh untuk memahami konteks di sebalik tajuk episod.
Tonton di YouTubeTV AlHijrah · Assalamualaikum · 22 Sep 2026
Perbualan TV bersama Dr Fakrul Azren Azhar tentang bipolar, kawalan emosi, rawatan dan kerja sebenar di sebalik proses pemulihan.
Tonton di YouTubeAr Rasyidin Academy · Episode 10
Perbualan panjang dan jujur tentang penyakit mental, identiti, pemulihan, iman dan pengalaman yang membentuk kerja yang dibina hari ini.
Tonton di YouTubeCERITA INI MASIH BERTERUSAN
Bipolar, kepimpinan, identiti, laut dan kehidupan. Dua belas perbualan bersama Arieffahmi, berakar pada pengalaman sebenar dan diperkaya perspektif tetamu.
Terokai siri live percuma Semua live percuma · Pembelian buku tidak diperlukan10 / SOALAN LAZIM
Buku ini ditulis dalam Bahasa Melayu, dengan penggunaan istilah English pada bahagian tertentu.
Ya. Ia juga ditulis untuk keluarga, pasangan, rakan dan sesiapa yang mahu memahami tekanan, burnout, emosi serta pengalaman manusia di sebalik diagnosis.
Tidak. Ini memoir pengalaman peribadi dan bukan pengganti diagnosis, nasihat atau rawatan profesional.
RM45 ialah buku fizikal Awakening. RM99 merangkumi buku fizikal dan rakaman 12 webinar musim Oktober 2026 hingga September 2027. Semua webinar live percuma untuk peserta yang mendaftar, termasuk mereka yang tidak membeli buku.
Pesanan buku RM45 dan koleksi RM99 kini dibuka melalui OnPay dengan pembayaran CHIP. Pendaftaran webinar live percuma juga kini dibuka melalui borang berasingan; pembelian bukan pendaftaran live.
Penghantaran buku: RM8 Semenanjung; RM15 Sabah, Sarawak dan Labuan. Rakaman ditambah selepas setiap sesi berlangsung. Pakej RM99 merangkumi koleksi musim pertama, termasuk rakaman sesi terdahulu dalam musim itu.
Setiap orang ada ujian. Dan selagi kita tidak putus asa dengan rahmat Tuhan, harapan sentiasa ada.