Apa yang sebenarnya berlaku ketika seseorang mengalami mania.
AWAKENING / BUKU & PERBUALAN
A Million Dollar
Bipolar Journey:
Awakening
Sebuah kisah benar tentang kehilangan kawalan, memahami penyakit, membina semula kehidupan dan belajar mengenali diri dengan lebih jujur.
- Format
- Buku fizikal
- Harga
- RM45 senaskhah
- Koleksi Awakening
- RM99 · Buku + 12 rakaman

Baca kisahnya. Sertai perbualannya.
01 / PENGENALAN
Jika kau sedang membaca ini, mungkin kau sedang…
- Bangun setiap hari dengan kepala yang tidak pernah senyap.
- Kelihatan “okay” di luar, tetapi letih di dalam.
- Cuba kuat, tetapi tidak tahu sampai bila.
- Tertanya-tanya, “Kenapa aku macam ini?”
Buku ini bukan untuk semua orang. Ia untuk orang yang sedang penat dan diam-diam berharap masih ada jawapan.

02 / THE JOURNEY
Kisah sebenar.
Tanpa ditapis.
Ini bukan cerita tentang penyakit yang tiba-tiba hilang. Ini cerita tentang akibat, tanggungjawab dan proses panjang untuk mengenali diri semula.
- 01Dirawat di hospital mental di Mesir dan HUKM.
- 02Melalui episod mania yang ekstrem dan delusi keagamaan.
- 03Pernah cuba menamatkan hidup.
- 04Kehilangan enam angka dan merasakan hidup sudah berakhir.
- 05Kemudian belajar menerima, memahami dan membina semula kehidupan.
03 / MEMAHAMI
Apa Buku Ini Akan Bantu Kau Fahami
Mengapa seseorang dengan bipolar boleh melakukan sesuatu yang kelihatan tidak masuk akal.
Perbezaan antara iman, emosi dan penyakit.
Mengapa seseorang itu bukan “rosak”, tetapi mungkin belum memahami dirinya.
Bagaimana keluarga dan pasangan boleh melihat pengalaman ini daripada sudut lain.
Bagaimana harapan boleh wujud tanpa menipu realiti.
Buku ini mungkin bukan jawapan kepada segalanya. Tetapi ia boleh menjadi permulaan.
04 / DI DALAM BUKU
Sebuah pengalaman yang boleh dipegang.
Bukan panduan klinikal. Bukan janji hidup akan mudah. Sebuah memoir fizikal tentang apa yang berlaku di dalam fikiran—dan kerja perlahan untuk kembali hidup.

05 / UNTUK SIAPA
Cerita ini mungkin dekat dengan kau—walaupun kau tidak pernah mengalami mania.
Seseorang yang sedang melalui perjuangan kesihatan mental.
Pasangan, ibu bapa atau ahli keluarga yang mahu memahami.
Rakan yang mahu hadir tanpa cepat menghukum.
Profesional kesihatan yang mahu melihat manusia di sebalik diagnosis.
Pemimpin yang memikul tekanan secara senyap.
Sesiapa yang mengenali burnout, malu, tekanan atau keruntuhan emosi.
06 / SUARA PEMBACA
Bukan copywriting. Ini kata-kata mereka sendiri.
Keratan maklum balas sebenar daripada pembaca—dipaparkan sebagai bukti visual, bukan sekadar quote yang ditaip semula.
Real reader receipts
Tarik atau swipe untuk membaca




Transkrip terpilih
Untuk bacaan pantas dan aksesibiliti“Somehow aku boleh relate dengan pressure dan expectation orang tapi bila ko cerita dalam buku tu, aku dapat perspektif yang its ok untuk slow down dan jangan try hard sangat sampai apa orang lain kata dah tak betul.”
“Buku ni mmg relavan dgn zaman skrg. Burnout, hustle, hidden depression yg ramai org x sedar dia tgh kena. Bab family tu… sebab org sakit ni nak kehadiran/support. Memang melibatkan family sekali! Jadi, family pun kena faham apa yg tgh jadi.”
“Dari buku ini, aku belajar, bagaimana seseorang yang waras, yang sihat, yang ber visi akhirnya tersungkur dalam episod gelap hidup nya. Kemudian, bagaimana cara kembali dengan perlahan dapat membantu kita mencari diri kita semula.”
Gaya bahasa dan ejaan asal dikekalkan daripada maklum balas pembaca sebenar.
08 / Dengar sendiri
Dengar kisahnya, daripada suaranya sendiri.
Dua perbualan tentang bipolar, identiti, kawalan emosi, rawatan, iman dan perjalanan untuk kembali membina kehidupan.
TV AlHijrah · Assalamualaikum · 22 Sep 2026
Bipolar, Kawalan Emosi & Pemulihan
Perbualan TV bersama Dr Fakrul Azren Azhar tentang bipolar, kawalan emosi, rawatan dan kerja sebenar di sebalik proses pemulihan.
Tonton di YouTubeAr Rasyidin Academy · Episode 10
The Journey Behind the Builder
Perbualan panjang dan jujur tentang penyakit mental, identiti, pemulihan, iman dan pengalaman yang membentuk kerja yang dibina hari ini.
Tonton di YouTubeCERITA INI MASIH BERTERUSAN
Dari halaman buku,
ke ruang perbualan.
Bipolar, kepimpinan, identiti, laut dan kehidupan. Dua belas perbualan bersama Arieffahmi, berakar pada pengalaman sebenar dan diperkaya perspektif tetamu.
Terokai siri live percuma Semua live percuma · Pembelian buku tidak diperlukanPILIH CARA UNTUK MENGIKUTI AWAKENING
Baca kisahnya.
Simpan perbualannya.
Buku untuk dibaca perlahan. Rakaman untuk ditonton semula. Webinar live kekal percuma untuk semua.
Baca & Sertai
Baca kisah di sebalik perbualan. Bawa pulang Awakening.
- Buku fizikal Awakening
- Akses webinar live percuma
- Rakaman penuh tidak termasuk
Koleksi Awakening
Simpan perbualan satu musim. Kembali menonton mengikut masa kau.
- Buku fizikal Awakening
- Akses webinar live percuma
- Rakaman 12 webinar musim pertama
- Termasuk sesi terdahulu dalam musim ini
Terokai siri dan pilih cara untuk mengikuti Awakening. Belum ada pendaftaran atau pembayaran di halaman ini.
Semua live percuma. Koleksi rakaman: Oktober 2026 — September 2027. Rakaman ditambah selepas sesi berlangsung. Caj penghantaran, tempoh akses dan terma akhir akan dipaparkan sebelum pembelian dibuka.
10 / SOALAN LAZIM
Sebelum kau membuat pesanan.
Buku ini dalam Bahasa Melayu atau English?
Buku ini ditulis dalam Bahasa Melayu, dengan penggunaan istilah English pada bahagian tertentu.
Adakah buku ini sesuai untuk seseorang yang tidak mempunyai bipolar?
Ya. Ia juga ditulis untuk keluarga, pasangan, rakan dan sesiapa yang mahu memahami tekanan, burnout, emosi serta pengalaman manusia di sebalik diagnosis.
Adakah buku ini panduan perubatan?
Tidak. Ini memoir pengalaman peribadi dan bukan pengganti diagnosis, nasihat atau rawatan profesional.
Apa beza pakej RM45 dan RM99?
RM45 ialah buku fizikal Awakening. RM99 merangkumi buku fizikal dan rakaman 12 webinar musim Oktober 2026 hingga September 2027. Semua webinar live percuma untuk peserta yang mendaftar, termasuk mereka yang tidak membeli buku.
Bila order dan pendaftaran dibuka?
Order dan pendaftaran belum dibuka. Maklumat akan dikemas kini di halaman ini. Pembayaran akan menggunakan OnPay dan CHIP apabila kempen dilancarkan.
Bagaimana dengan penghantaran dan akses rakaman?
Caj penghantaran, tempoh akses serta jadual penerbitan rakaman akan dipaparkan sebelum jualan dibuka. Pakej RM99 merangkumi koleksi musim pertama, termasuk rakaman sesi terdahulu dalam musim itu.
Setiap orang ada ujian. Dan selagi kita tidak putus asa dengan rahmat Tuhan, harapan sentiasa ada.



