Menjadi doktor adalah sesuatu yang sangat personal bagi saya.
Pertama, kerana saya sentiasa kagum dengan biologi dan “engineering” tubuh manusia yang sebaik-baik ciptaan, penuh ketelitian, keseimbangan dan hikmah yang kadang-kadang masih belum mampu kita fahami sepenuhnya.
Kedua, kerana kehilangan ibu saya sendiri.
Ibu saya meninggal dunia akibat pulmonary embolism.
Kalau saya ceritakan satu persatu, asbab yang berlaku ketika itu, akhirnya saya tetap percaya semuanya hanyalah asbab.
Kemudian ketika berada di sebuah negeri di utara, peralatan yang diperlukan tidak dapat digunakan selepas kawasan tersebut baru dilanda banjir. Ibu pula terlalu tidak stabil untuk dipindahkan.
Daripada sesak nafas, ibu kemudian koma selama tiga hari sebelum akhirnya pergi menghadap Ilahi selepas kami keluarga setuju untuk tidak teruskan CPR ketiga.
Sejak hari itu, saya memasang azam untuk menjadi seorang pakar bedah.
Namun perjalanan hidup membawa saya ke jalan yang lain.
Dipendekkan cerita, saya tidak meneruskan kerjaya sebagai doktor. Menjadi pakar bedah apatah lagi, dengan tangan yang ada sisa tremor.

Tetapi azam untuk merawat manusia tidak pernah benar-benar hilang.
Saya mungkin tidak lagi merawat pesakit dengan tangan saya sendiri, tetapi saya mahu terus membantu menyembuhkan manusia dan dunia melalui doktor-doktor yang kami bina, sokong dan bawa ke hadapan.
Sebab itulah sejak awal, Mafar bergerak dengan misi:
We Bring Happy & Good Doctors Forward
Through continuous people development and empower them with integrated innovative business smart solution to achieve excellent result.
Visi kami pula jelas:
We are the trusted business ecosystem partner for doctors and our people.
Kami percaya doktor sepatutnya mempunyai lebih banyak ruang untuk menjadi doktor.
Dahulu, seorang doktor yang menguruskan klinik perlu melihat hampir semua perkara dari hujung ke hujung:
Hiring.
Claim.
Payroll.
Pentadbiran.
Bil dan kewangan.
Stok.
Operasi.
Marketing.
Sales.
Compliance.
Dan pelbagai urusan harian yang tidak pernah habis.
Semua itu penting, tetapi apabila terlalu banyak tenaga dihabiskan di bahagian belakang, fokus kepada pesakit dan komuniti mula terjejas.
Hari ini, kami mahu Mafar Ecosystem menjadi pasukan yang menyokong bahagian tersebut.
Back office, sistem, teknologi, latihan, pemasaran, operasi dan pembangunan perniagaan perlu membantu doktor bergerak dengan lebih baik.
Supaya doktor kami boleh kembali memberi fokus kepada perkara yang paling bernilai:
pesakit dan komuniti.
Apabila diberikan platform dan sokongan, doktor-doktor kami mula berkarya dalam pelbagai bentuk.
Ada yang meningkatkan kemahiran dan menambah perkhidmatan di klinik.
Ada yang susun CME untuk doktor lain.
Ada yang menganjurkan sunathon, karnival kesihatan dan program saringan komuniti.
Ada yang melakukan outreach ke sekolah, kilang dan organisasi korporat.
Ada yang membangunkan sistem serta teknologi.
Ada yang menjalankan house call.
Ada yang mengadakan webinar untuk ibu bapa dan masyarakat.
Sedikit demi sedikit, kerja-kerja ini menyentuh ratusan dan ribuan kehidupan.
Mafar mungkin menyediakan ekosistem.
Tetapi doktor-doktor inilah yang berada di hadapan untuk mendengar, memeriksa, menerangkan, merawat, mendidik dan menemani manusia pada saat mereka paling memerlukan bantuan.
Saya bukan hero dalam cerita ini.
Mafar juga bukan penyelamat dalam kisah ini.

Doctors are the real heroes.
Kami hanya berusaha membina sebuah ekosistem yang mampu membawa mereka ke hadapan.
Dan saya percaya ada perbezaan besar antara sentuhan seorang doktor yang burnout, kecewa dan terlalu penat ketika melayani pesakit, komuniti dan rakan-rakan doktor yang lain,
dengan sentuhan seorang doktor yang happy, talented, highly skillful dan mampu berkhidmat dengan:
Love, Energy & Happy.
Kebahagiaan doktor bukan perkara sampingan.
Ia mempengaruhi cara mereka mendengar.
Cara mereka berkomunikasi.
Cara mereka membuat keputusan.
Cara mereka memimpin pasukan.
Dan akhirnya, cara mereka menyentuh kehidupan manusia lain.
Setakat August 2026, perjalanan ini bermula dengan 7 klinik dan barisan doktor yang membawa amanah di lapangan.
Ada few dalam pipeline sedang proses. Kami akan selesaikan 10 untuk tahun ini.
Perjalanan masih jauh.
Kami baru sahaja bermula.
Daripada 7 klinik, insya-Allah kami sedang bergerak menuju 50 klinik dan 50 komuniti.
Namun angka itu bukan sekadar growth target.
Setiap klinik ialah sebuah pintu kepada komuniti.
Setiap doktor ialah penjaga amanah.
Setiap pesakit ialah seorang manusia yang membawa cerita, keluarga, harapan dan ketakutan mereka sendiri.
Semoga doktor hari ini, dan 50 doktor pada masa akan datang, terus melayani 50 komuniti dengan ilmu, kemahiran, hikmah, cinta dan salam.
Inilah amanah kita.
Bukan sekadar membina klinik.
Tetapi membina doktor yang mampu menyembuhkan lebih daripada penyakit.
Doktor yang mampu memulihkan keyakinan, memberi harapan dan memperbaiki kehidupan manusia di sekeliling mereka.
Perjalanannya masih panjang.
Nikmati prosesnya.
Belajar daripada setiap musimnya.
Dan teruskan melangkah.
Bring Happy & Good Doctors Forward.
With Love, Energy & Happy.
Did this resonate with you?
Useful thinking.
No content machine.
New essays, operating notes and reflections—sent only when there is something worth saying.
